Sesungguhnya Kebenaran Itu Pahit

Hari ini aku rasa seperti hilang seseorang dalam hidup baru ku ini. dia menyepi dan seolah memendam suatu perasaan yang amat dalam. Entahlah, mungkin hanya mainan perasaan aku tetapi responnya tidak seperti semalam.











Inilah akibatnya bila aku mula berterus terang dalam hubungan yang dijalinkan. tetapi biar aku berterus terang sekarang daripada timbul masalah di kemudian hari. tetapi kebenaran amatlah pahit untuk diterima.

Aku mengaku melakukan kesilapan dan aku memohon kemaafan andai aku terlebih sudah dan aku inginkan kembali suasana selesa dalam perhubungan ini. kerana kau lah yang memberi ilham pada ku. kaulah yang mencetus ideaku.

Transformasi Bermula.

Inilah aku sekarang yang ingin menjadi seperti yang diinginkan/diidamkan wanita diluar sana. Aku harap journey aku ini berjaya membuktikan sesuatu kepada mereka.

inilah diriku yang sebenar tanpa menyembunyikan kecacatan yang ada. aku tidak minta untuk dicintai atau aku mmg tidak ingin lagi mencintai sesiapa buat masa ni.










Buat masa ni aku tengah recovered diri untuk menjadi seperti dulu, mungkin tidak lah sehensem mana, tapi harap2 lebih smart dan lebih tampan dari sekarang, sekarang mungkin kerana kegagalan cinta ku yang tak kesampaian.

Permulaan Ku Yang Panjang

Alhamdulillah,

Harini aku akan mulakan hariku yang indah ini dengan semangat baru. semangat yg telah ditiupkan oleh seorang yg memahami akan diriku.

Walaupun aku masih tidak kemana-mana, tetapi aku tetap cuba menghabiskan semua keje yang telah terbengkalai dan tertunda satu persatu. fuuhh rupanya banyak keje yang aku telah bengkalaikan nya... kini aku baru nampak.

Well untuk perkembangan diriku. Aku akui masih lagi teringatkan kisah2 lama aku dan masih bermimpikan dia dalam mimpi siang dan malam ku. Tetapi hati aku tetap dengan keputusan takdir. Aku relakan perpisahan ini dan aku ingin mulakan hidup baru.

Ya, aku harus pandang kedepan, terus kedepan. biar berbatu kedepan. Hehehe kata ini aku saja buat naik semangat aku je. but I will do this way... looking forward!

Phoenix Bangkit Dari Abu

Aku mulakan post pertama ini dengan lirik lagu yang dibawa oleh M.Nasir. Mungkin inilah lagu tema untuk blog yang aku namakan kebangkitan Pheonix. dan disini aku akan karyakan segala apa yang terlintas dihati dan kepalaku. Moga kalian dapat memberi tunjukajar, komen dan petunjuk kejalan yang success.

Bina jambatan menuju ke seberang
Melangkah jurang lebar dan dalam
Dengan darah dan keringat
Dengan airmata berpegang pada taliNya

Rapatkan saf semangatmu jangan goyah
Kota yang telah roboh harus dibina semula
Atas dasar kebenaran demi kita demi waris
Semua serangan yang datang kita tangkis

Jangan kau gentar pada bayang-bayang sendiri
Di sebalik pahit getir kemenangan menanti
Bagaikan burung Phoenix bangkit dari abu
Bangkit membina (semula) satu keindahan (baru)
Phoenix bangkit

Bina jambatan menuju keseberang
Dengan darah keringat dan airmata oh...
Melangkah ke seberang ke tanah yang dijanjikan
Dirindukan
Demi cinta tiada lain demi cinta

Lagu dan Lirik oleh M. Nasir
© 2001 Luncai Emas Sdn. Bhd.